S E A R C H I N G ♥

Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,kerana andai dia mungkin tidak pandai menceriakan, kita akan menyalahkannya.
Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya ,kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa,Jangan diharapkan sempurna kerana kita juga tidak sempurna .
Terima kasih kawan

S U P P O R T E R ♥

B O B O T ♥

Sunday, May 22, 2011

PELIK-PELIK TAPI BENAR-BENAR =;=*



buah16 Gambar Menarik : Buah Yang Berbentuk Pelik




Assalamualaikum rakan-rakan. 
Seperti yang anda lihat di atas. pernah nampak ? terjah ? jumpa? makan ? Benda-benda yang unik macam nih? Macam pelik kann. Tapi memang pelik. Erhh, kalau tengok lama-lama macam geli laa pulokkkkk. =,=*


Okayy ini antara BUAH YANG PELIK PERNAH SAYA LIHAT dari google. Terima kasih google. huhu
*Erhhh, tahu laa budak agriculture, nak tulis post sume pasal Agriculture. HAHAHA. Suka sangat. Kadang-kadang boleh relate dengan apa yang pernah aku belajar dan sedang belajar. 
Korang tahu kenapa buah2 nih jadi macam nih ? Sebab mungkin buah nih sudah di KLON kan. ingat robot je ke boleh klon ? Buah pun bole.HAHA . Mungkin juga dia dah terkena serangan VIRUS, BACTERIA, ,MYCOPLASM, atau FUNGI. Mungkin jugak NEMATODE tapi mustahil laa,sebab nematode ade dekat akar jek.Tak boleh merayap jauh2.Tapi tuh MUNGKIN tauu, sebabnya aku pun tatawu kenapa begitu pelik buah-buah nih.


Mulaa lah nih, nak cerita betapa bestnya belajar tentang AGRICULTURE nih. Tapi tuh masa sekolah teknik laa, sekarang masih ada kena mengena dengan AGRO, tapi jauh sikit kot.HUHU 
Sekarang Plantation Industry Management. haaaa? Dalam bahasa melayu dia pendek jek Pengurusan Ladang!
Mesti korang ketawe kann, bila nampak jek Pengurusan Ladang tuh.Aku pun nak tergelak sebab macam gagah sangat je aku nih amek Pengurusan ladang.HAHAHAHA. Tapi untuk pengetahuan semua, kami tak semestinya bekerja diladang ! Aku memang mengelak laa dari kerja ladang .terutama ladang sawit, sakitt owww! Kami boleh bekerja dekat RISDA , MARDI , FAMA ,  FMOA, PELADANG dan bersekutu dengannya. Banyak cabangnya. 
Jangan cakap tak minat tapi ambillah peluang yang hanya datang sekali !
Okayy, Masa semester 1 , aku banyak belajar yang basic-basic jek. Macam mana nak menanam pokok,sayur dan sebagainya, bukan belajar pasal tuh jek okayy, Kimia, math, plant science pun belajar. 
Semester 2 semakin mencabar ,bila kami terpaksa hafal nama-nama bunga dan nama-nama penyakit pada pokok! Sebabnya, kami belajar mengenai Plant pathology ( penyakit pada pokok) dan jugak Landscape. Plant pathology, kenapa pokok tuh tak berbuah, kenapa pokok tuh takde bunga,kenapa dan kenapa. 
Sedikit tips serbaguna :
*Kenapa buah cili kadang-kadang berair bila kita simpan lama-lama? sebab bakteria sudah menyerang secara perlahan.Kalau nampak cili tuh ade bintik-bintik hitam,sebenarnya dah tak boleh makan, Kalau makan boleh, tapi nanti effect kat badan kita 3 4 tahun akan datang. 
* Kalau kentang kann, dah nampak hitam-hitam dinamakan "SOFT ROT" tuh, terus jela buang, jangan makan tauu,jangan buang yang hitam tuh,yang bahagian lain buat lauk. Sebaik-baiknya,buang jela sume sebab bakteria merebak sekejap jek. 
*dekat Carrot atau timun, kalau korang dah potong2, tapi kadang2 ade lebih ,korang simpan lagi kann dalam peti ais? Haaa, nanti kalau korang nak buat lauk,korang guna kann timun / carrot tuh, korang buang laa sikit yang bahagian atas yang korang dah potong2 tuh, jgn buang sume,boleh diguna lagi tuh, sebab virus yang ade pada carrot tu,tak kuat mcm Bakteria yang ade pada cili. Virus takkan melepasi dinding sel yang lain.pehhh! dashyat !HAHA

Jadi,semester 3 yang bakal menjelang nih, rasanya semester 3 nih laa paling gilaa kentang! susah! susah belaka. Antara subjek yang bakal kami rempuh AKAUN , MAJORCROP*tanaman paling menguntungkan ekonomi negara , ECONOMI dan jugak SOILSCIENCE*sains tanah*.. Sume dalam bahasa inggeris. Ada lagi  subjek . Agama, Bahasa inggeris . Hamekk kau ! Bafakk laa susah! 

"Ya ALLAH ,permudahkanlah urusanku dan juga urusan rakan-rakanku. "

p/s : agak-agak korang tajuk dengan entry nih ada kena-mengena tak?HAHA.

Tolong like :)

Hello readers, 
dalam kebosanan nih, i terbaca dekat blog WOOTWOOT pasal benda nih. So, disebabkan sangat bosan dan bosan, i pun merajinkan diri masuk contest nih. 
Kepada you all yang bosan jugak, boleh lah mengaktifkan diri dalam contest nih.HAHA :)


So, untuk keterangan lanjut, sila laa ke BLOG WOOTWOOT 
 like page ini dulu Wootmediamy and MyNewhub
Then, kawan2 bole lah like picture i. 


p/s : like banyak banyak kalau bole banyak.HAHA
Thank for support . 


Thursday, May 19, 2011

KEJADIAN MUNGKIN BERULANG .

Berjalan seharian semalam memberi seribu makna. Bagaikan 5 tahun tak berjumpa, dimana-mana pun still meneruskan kegelakan kami yang sangat tidak boleh dicover lagi. BHAHAH! Sampaikan sejam didalam bas pun tidak terasa kerana asyik memenuhinya dengan gelak-ketawa. Bagus sangat lah peragai anak dara macam kami. I'M SORRY ! 

Memandangkan bukan kami sahaja yang mahu mengambil sijil spm pada hari tuh, kami telah terserempak dengan kawan sekolah yang lain.Tergelak lagi dan lagi. Jutaan terima kasih kepada Nabil dan Don kerana membenarkan kami menumpang kereta anda sekalian.HOHO. Terima kasih kawan ! Dengan itu, kami telah menggunakan kereta mereka dengan sebaik mungkin dan tak perlu berjalan kaki ke PPD PONTIAN itu.
Lama jugak terkandas dekat pontian tuh, sebab masing2 berplanning-planning , tetapi disebabkan cuaca yang tak berapa mengizinkan, masing-masing terus menuju kerumah, tapi bukan kami(!) Kami meronggeng lagi laa. Sementara masa masih ada. 

Nah ,kamu-kamu tengok laa gambar2 sekalian,



antara hero kelas saya 

Jumpa iein







Selepas itu, kami terus ke City Square sebab nak tengok wayang (!) Then,malam baru jejak rumah. Terima kasih pada Madon ,sebab hantar aku pulang kerumah. LU LANGSI LU MATI , movie yang tergelak jugak tapi terdapat banyak unsur keganasan! HAHA. Nur Kasih and Pirate of Caribean menanti .HAHA

Sebelum tuh, tahniah pada Bum,Tika,Yana for result Poli korang yang bagus and for Aten for result Matrikulasi yang sangat baik (!) Tahniah aten, pasni Degree menanti anda. :)

p/s : untuk gambar yang lebih banyak sila layari tengok kat album Facebook.

Monday, May 16, 2011

Hmmm, my phone !

OMG ~
Readers, my phone was missing. Hmmm, tuh laa, nset canggih canggih boleh pulak teringin nak beli handset baru. Kann dah padan muka ! Padan muka you BOBOT . 

Kejadian terjadi bila, i and my family hang out at Pantai Lido semalam. Best woooo lepak situ. Angin sepoi-sepoi bahasa. Tengah lepak-lepakking sambil ngobrol abah terus ajak balek. Hmm, i pun macam tak ingat apa-apa terus naek kereta. Then, sampai rumah boleh terus tengok TV, sebab i yakin handset tuh terletak didalam beg. Yaaa, sangat yakin sebab semalam nobody want to text me (!) Its okay for me laa sebab kat mana-mana pun i letak handset i merata2. Opsss..Maybe handphone tuh merajuk kot sebab i asyik mention nak beli handset baru jek .You tuh pun handset asyik meragam aje. i Baru jek mengidam belum nak beli lagi you dah hilang !





I'am begging you to walk to my home and i promise to take care of you . -,-"

*demand gilaaaa*

p/s: tak mungkin dapat handset yang diidamkan sebab kegawatan ekonomi :( 

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru ,Cikgu .

Hmmmm, tatahu nak mulakan macam mana. Rinduu sangat dengan cikgu-cikgu (!) Maksudnya zaman-zaman sekolah lah kann. Semua sekolah yang pernah aku sekolah dari Tadika hingga ke Teknik (!) Woooww, cepatkan masa berlalu. Kini tiada lagi panggilan cikgu. Kalau dulu, kita tak suka seseorang cikgu tuh, kita reject dia habis-habisan kann.Maki, kutuk dan sebagainya. Tapi cikgu tak kira, cikgu bagi jugak ilmu dia dekat kita, katanya dia berkatkan semua ilmu dia pada kita.Kalau kita exam yang besar-besar cikgu lah yang paling risau berbanding kita, Kita enjoy je macam takde apa2 yang berlaku. Sekarang situasi yang sama tetap berlaku selagi aku berada bawah bimbingan Cikgu (!) Tapi panggilan cikgu tuh jela yang dah bertukar sedikit.Almaklum lah, dah masuk zaman IPT, tak boleh nak bermanja sangat . 

Teringat time dekat Sekolah teknik dulu, Cikgu BM aku banyak membebel dekat kami sebab kami banyak main -main walaupun SPM nak dekat. Tapi cikgu tak pernah merendah-rendahkan kami, ,malah kata-kata semangat tidak pernah lekang dari mulutnya untuk kami.. Bak katanya, jangan sia-siakan masa kamu dekat sekolah bersama kawan-kawan kamu sebab di IPT nanti tak mungkin kamu akan dapat merasai situasi yang sama seperti disekolah ini.Aku sokong benar kata-kata cikgu itu. Masa aku terlelap sebab makan nasi kawah dekat asrama dulu, dia jugak lah yang menerjah aku dari belakang (!) HAHA.Cikgu, teringat bila cikgu banyak tanya soalan dekat saya,.memang balas dendamkan. Naseb baik Bahasa Melayu kann. Aku paling suka bila Ujian aku BM aku tak pernah dapat A. Apa nta yang tak kena dengan karangan aku.Mesti aku dapat B+. Tapi takpe aku cuba lagi, akhirnya dengan pertolongan cikgu aku berjaya jugak dapat A dalam SPM(!) 

kalau diikutkan banyak lagi ceritera aku nak ceritakan. Tapi nanti korang bosan bosan dan bosan. Aku cadangkan kat adik-adik dekat sekolah tuh jangan lah terlalu baik dan janganlah terlalu kureng diajar ye.Ingat tau, walau buruk macammana cikgu tuh pun, dia tetap bagi ilmu dekat kita, jangan kita benci dia sebenci-bencinya,Kutuk-kutuk dia sikit sikit jek. Jangan Over okayy(!)Nanti minta maaf.HEHE.
Kenapa jangan baik sangat ? Sebab kita takkan dapat merasa rotan cikgu, takkan kena marah dengan cikgu. Kadang2 baik sangat pun tak best. kann? kann? Nakal sikit boleh macam saya.HAHA

dikempatan ini aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN PENSYARAHKU.
Halalkan dan berkatilah segala ilmu yang telah kamu curahkan.
Terima kasih atas segalanya.
Sayang cikgu selalu 

p/s ; Mula merindui rakan-rakan sekolahku dan rakan seperjuangan kuh.HEHE

Saturday, May 14, 2011

Sukan Antara Kolej-Kolej Bersekutu UITM (SUKOB) 2011

Assalamualaikum semua semua (!) HAHA. lama kann tak Post entry baru. Almaklum laa i sedikit sibuk dan sedikit malas untuk update. Mulanya bercadang nak update sesampai di rumah. Tapi ada berlaku maintanance pulak blogspot nih. So, terpaksa laa menundakan entry yang baru. 


Okayy sekarang i selamat sampai dah kat rumah. Sukaa sangat. HEHE. 


Bercerita tentang SUKOB nih, secara jujurnya i memang taknak terlibat dalam kejohanan ini. Tapi memandangkan budak-budak kos i saja yang terlibat, fikir-fikir balik kalau i tak terlibat i yang rugi. So, bagi jela nama dekat mereka. Sebab apa ramai yang tanak terlibat? sebab ini ialah satu pengorbanan terhadap masa cuti kami.Bayangkanlah masa cuti cuma 4minggu. Seminggu dah habis dengan sukan . Its okayy for me. Asalkan dapat beri sumbangan sikit kat kolej ni jadila. For your information, disebabkan kos i jek yang bersekutu dengan UITM , jadi kos kami jela yang boleh masuk dalam sukan ini(!) dipendekkan cerita, semua sukan kami jela yang terlibat.HAHA. Rasa macam DPIMday pulak.HAHA


Ehem ehem, jangan tanya i masuk sukan apa, Sebab kami kalah. No wonder laa kami kalah sebab berlatih pun berapa hari jek. Almaklumlah semangat kesukanan tuh tak nampak lagi.HEHE




Bas Kolej paling Retro tapi tetap boleh buat DRIFT (!) Terbaikkkk.




Kawan kawan sebaya (!)






Antara Kolej kolej yang terlibat


Ehem ehem, ini lah permainannya. Bip merah itu kami. Sekian

And we are the LOSER (!) HAHA.


Ouhh sebelum terlupa, dekat sini i jumpa kawan kawan i time kat teknik dulu 3orang semuanya.dan all of them play netball too. And thank god we not fight each other.HAHAH. 
We are the Loser (!) Its okayy for us because its just a beggining for us (!) And Congratulations for all Athlete College Risda for our contribution . 
Tahniah jugak pada pasukan Bola Sepak sebab jadi JOHAN (!) 
Tahniah . Hopefully next time we will win dan management kolej akan lebih baik. 


p/s: Seronok jugak pergi berjuang untuk kolej. Perasaan malu tuh hilang sebentar apabila penyokong terjerit dengan harapan mereka yang bermain akan lebih bersemangat .

Sunday, May 1, 2011

GO GO GREEN (!)

HAHA :)) Whateheck of tittle today. opss Sorry. firstly, i want to apologize chos dah lama tak update blog i nih. Rasanya macam dah mati jek blog nih tade sape yang nak jenguk.

Okayy, Thank you jugak pada Nur Fatin Rahmat chos tolong masukkan Feedjit (!)*Konon-konon mcm ramai jek yang blogwalking kat blog i nih. Clap your hand for chibimarukochan.

Berbalik kepada tajuk update harini. GO GO GREEN (!) Halmaklum laa Kolej i nih dikenali sebagai Kolej hijau tau you all(!) *kepoww gilaaa* HAHA :)) opsss, lupa lagi actually dah lama dah event nih berlaku, sejak i mula Final lagi. Boleh tak i tunjuk gambaran saja ? malas kann nak menaip kebanyakkan. Opss maaf, bahasa yang kemalasan untuk tatabahasa yang bagus (!)
Tudiaaaa mempersembahkan gambar gambar hijau Kolej .HAHA :)) Event nih sangat bagus. i sukaa tapi disebabkan kami sedang final time tuh, apa pertandingan pun kami tak masuk(!) alasan kann ? yek memang alasan yang tak boleh dielakkan .Sukee sangat
Lastly, thank kepada lecturer Landskap i yang sangat baik mengejutkan kami bangun tidur untuk hadir ke Event sebegini . Teruja gitu, siap ugut lagi.HAHA :)) Thank miss(!) Lebiuuu.Disebabkan kami turun , maka time final dia banyak membantu .Tak sia-sia kami memberi kerjasama.