S E A R C H I N G ♥

Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,kerana andai dia mungkin tidak pandai menceriakan, kita akan menyalahkannya.
Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya ,kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa,Jangan diharapkan sempurna kerana kita juga tidak sempurna .
Terima kasih kawan

S U P P O R T E R ♥

B O B O T ♥

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru ,Cikgu .

Hmmmm, tatahu nak mulakan macam mana. Rinduu sangat dengan cikgu-cikgu (!) Maksudnya zaman-zaman sekolah lah kann. Semua sekolah yang pernah aku sekolah dari Tadika hingga ke Teknik (!) Woooww, cepatkan masa berlalu. Kini tiada lagi panggilan cikgu. Kalau dulu, kita tak suka seseorang cikgu tuh, kita reject dia habis-habisan kann.Maki, kutuk dan sebagainya. Tapi cikgu tak kira, cikgu bagi jugak ilmu dia dekat kita, katanya dia berkatkan semua ilmu dia pada kita.Kalau kita exam yang besar-besar cikgu lah yang paling risau berbanding kita, Kita enjoy je macam takde apa2 yang berlaku. Sekarang situasi yang sama tetap berlaku selagi aku berada bawah bimbingan Cikgu (!) Tapi panggilan cikgu tuh jela yang dah bertukar sedikit.Almaklum lah, dah masuk zaman IPT, tak boleh nak bermanja sangat . 

Teringat time dekat Sekolah teknik dulu, Cikgu BM aku banyak membebel dekat kami sebab kami banyak main -main walaupun SPM nak dekat. Tapi cikgu tak pernah merendah-rendahkan kami, ,malah kata-kata semangat tidak pernah lekang dari mulutnya untuk kami.. Bak katanya, jangan sia-siakan masa kamu dekat sekolah bersama kawan-kawan kamu sebab di IPT nanti tak mungkin kamu akan dapat merasai situasi yang sama seperti disekolah ini.Aku sokong benar kata-kata cikgu itu. Masa aku terlelap sebab makan nasi kawah dekat asrama dulu, dia jugak lah yang menerjah aku dari belakang (!) HAHA.Cikgu, teringat bila cikgu banyak tanya soalan dekat saya,.memang balas dendamkan. Naseb baik Bahasa Melayu kann. Aku paling suka bila Ujian aku BM aku tak pernah dapat A. Apa nta yang tak kena dengan karangan aku.Mesti aku dapat B+. Tapi takpe aku cuba lagi, akhirnya dengan pertolongan cikgu aku berjaya jugak dapat A dalam SPM(!) 

kalau diikutkan banyak lagi ceritera aku nak ceritakan. Tapi nanti korang bosan bosan dan bosan. Aku cadangkan kat adik-adik dekat sekolah tuh jangan lah terlalu baik dan janganlah terlalu kureng diajar ye.Ingat tau, walau buruk macammana cikgu tuh pun, dia tetap bagi ilmu dekat kita, jangan kita benci dia sebenci-bencinya,Kutuk-kutuk dia sikit sikit jek. Jangan Over okayy(!)Nanti minta maaf.HEHE.
Kenapa jangan baik sangat ? Sebab kita takkan dapat merasa rotan cikgu, takkan kena marah dengan cikgu. Kadang2 baik sangat pun tak best. kann? kann? Nakal sikit boleh macam saya.HAHA

dikempatan ini aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN PENSYARAHKU.
Halalkan dan berkatilah segala ilmu yang telah kamu curahkan.
Terima kasih atas segalanya.
Sayang cikgu selalu 

p/s ; Mula merindui rakan-rakan sekolahku dan rakan seperjuangan kuh.HEHE

2 comments: